Wednesday, February 10, 2010

cuti

tidak lama lagi akan bercuti selama seminggu. Walaupun baru sahaja dunia persekolahan bermula tetapi rasa begitu terbeban jadi cuti ini sangat dinantikan agar dapat 'unwind'dan berehat dengan harapan balik dari cuti dapat bekerja dengan lebih bersemangat lagi. Kepada anak muridku janganlah cuti ini langsung tidak membuat ulangkaji kerana anda masih jauh perjalanan dan persediaan perlu begitu banyak. Lihatlah ke hadapan kerana matlamat anda belum lagi tercapai.Walau pun umi berjanji akan membantu sedaya upaya umi tetapi usaha yang banyak adalah dari diri anda sekalian.Korbankan masa lapangmu demi kejayaan akan datang.Manisnya kejayaan jika kita berusaha ke arah itu.

No comments:

Post a Comment