Monday, January 4, 2010

hari pertama persekolahan 2010

Tentu banyak persediaan perlu bagi menghadapi tahun baru. Umi harap jangan azam yang ditanam sekerat jalan sahaja. rangka apa yg perlu dilakukan bagi pelajar yg akan menghadapi peperiksaan, buat perancangan awal. ini ada sedikit penerangan tentang gaya pembelajaran. Pilih yg sesuai dgn anda

GAYA PEMBELAJARAN

1.0 Gaya Pembelajaran

Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri (Kenneth & Dunn, 1984). Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experiences” ( minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman)

Terdapat empat model gaya pembelajaran iaitu (1) Model Dunn & Dunn (Lampiran1.1-F1b) (2) Kolb Learning Styles Inventory (3) Honey & Mumford: Learning Styles Questionnaire (LSQ) (4) Hermaan: Whole Brain Learning Style Preference (LSP) (Lampiran 1.1-1a ). Mana-mana satu model boleh dipilih untuk digunakan. Walau bagaimanapun, fasilitator harus memberi fokus sekurang-kurangnya kepada tiga bentuk gaya pembelajaran yang utama iaitu (1) Visual, (2) Auditori, dan (3) Kinestetik (Kajian oleh Neuro Linguistic Programming). Layari http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/vak.html) Model Dunn & Dunn juga sesuai digunakan untuk melengkapkan konsep gaya pembelajaran.

Secara ringkas, aplikasi kepada gaya pembelajaran mengambil kira proses yang ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Merancang P&P

· Aktiviti

· Bahan bantu berasaskan gaya pembelajaran

Menguruskan P&P

· Keluwesan aktiviti

· Pelbagai bahan bantu

· Stimulus (alam sekitar, Emosi, Sosiologi, Fizikal,Psikologi)

Mengenal pasti

Gaya Pembelajaran




Konsep : Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid dan guru perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka / pelajar mereka.

No comments:

Post a Comment